Dalam Setandan Pisang...

"Saya tak puas hati. Anak saya bukan ponteng. Dia ada di rumah." Kata seorang bapa yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak sekolah.

Aku hanya biarkan dia bercakap sehingga habis. Tak kuasa nak menyampuk. Lagipun, aku kenal benar dengan perangai bapa pelajar ini. Melihat kepala tali pinggangnya yang sebesar penumbuk, agak membimbangkan juga.

"Ni, surat ni. Anak saya takkan sampai 35 hari tak datang sekolah?" Tanya dia kepada aku.

Pelik. Takkan si bapa ini tak tahu anaknya ke sekolah atau tidak? Dia terus membebel sehinggalah suaranya semakin perlahan, barulah aku masuk menyelit.

"Surat ini prosedur biasa, bagi kes pelajar yang tidak hadir lebih 10 hari. Anak encik dah 35 hari tak datang, sejak bulan Januari hingga Julai, kami kumpul jumlah tidak hadirnya." Aku menjelaskan kepadanya.

Dia membebel lagi. Nampaknya memang dia menganggap anaknya tidak hadir kerana sikap cikgu.

"Cikgu X yang mengajar subjek Matematik asingkan anak saya.Pilih kasih. " katanya.

Aku menjelaskan itu adalah cara guru untuk memudahkan pembelajaran. Anaknya berada di kelas 'corot', dan tidak membawa alatan yang diarahkan. Sebagai denda, dia dan sebahagian besar rakan lain telah arahkan duduk di bahagian tepi kiri, manakala pelajar lain (seramai 6 orang yang membawa jangka lukis) telah diarahkan di sebelah kanan.

Akhirnya selesai juga polemik ini. Si Bapa, pada pandangan aku, seorang yang 'terlalu mengambil berat' dan percayakan anak. Kata-kata anak itu, betul pada matanya.

Inilah dilema guru. Kekadang, ada ibu bapa yang perasan mereka lebih tahu tentang anak mereka semasa di sekolah.

Tapi bukan semua ibu bapa begini. Dalam setandan pisang, bukan semuanya elok. Ada juga sebiji dua yang tak baik.

Kalau semua kedai Cina tutup, habis Melayu. Kalau semua Melayu boikot Cina, habis Cina.

First and for most, what constitutes the meaning of a Master?

I would say a Master is a person who holds power and can regulate other people within his order and desires, and people are bound to his judgment. Without a Master’s consent, one could not reach to a decision which is important to be made there after.

In the context of Malaysia, a Master would be someone who holds power i.e the money. Money is something very important in the daily use, isn’t it? without money, you are nothing. I came across a recent remark made by the former Prime Minister in which he says in his blog that the Chinese are the real masters in this country.

Who are the real Master, you decide:
If you say the Chinese are Masters, you may want to consider this;

1.Who holds the ultimate political power in the country? The answer would be UMNO, the largest Malay party.
2.Let us count on the amount of cabinet members according to racial population and the answer would be most of them are the Malays Muslim.
3.Which race forms the biggest ethnic group? The Malays consist of more than 60% population over 27 million citizens, where as the Chinese has only 26%.
4.Who decides whether we shall stick to the affirmative action? UMNO.
5.Who determines the direction of the country? UMNO.
6.UMNO = Malays.
7.Which race spends more in their daily life? The Malays spend more than the Chinese do. And which race owns the biggest shop and corporation in Malaysia? The Chinese more than 50% equity share ( What else can you say.).
8.What happen if all the Malays boycott Chinese product? The downfall of the Great Wall of China, perhaps?
On the other hand, on the question on whether the Malays are the real Master of this country, here what you need to think of;

1.What happen if all Chinese businessmen refuse to sell their goods to the Malays?
2.What happen if we unable to buy foods, vegetables, meat, and other important daily stuff in which all of these are belong to the Chinese biggest corporation? Even our “Sejadah” and “kopiah” are made in China, isn’t it?
3.What happen if all Chinese in your town shut down their business operation?
4.What happen if MCA and Gerakan leave the Barisan Nasional?
5.What happen if all these 50% Chinese equity holders decide to leave Malaysia and vest their business in other country?
We are both master in the country. Regardless of whether you are a Malay or Chinese, we need each other in order to continue living. If one part is missing, the other part cannot progress. The coincidental obligation lies in both of our shoulders and this is a burden that we need to carry out together as one single entity. We might have crawling, we might have several fights and racial misunderstanding, but in the end, we united as one single family.

That is why Najib was saying, “Satu Malaysia!”

Source: WBHim

KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Sumber: tranungkite.net

“KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT
Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya::
Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.
Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu’alam

Sumber: tranungkite.net

Ahmad Maslan kata hakim kes perak "putus wayar"

“Tuan-tuan, hakim yang mengendalikan kes Perak ni putus wayarnya!” Ujar Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan semasa menyampaikan ucapan kepada lebih 800 Ahli UMNO di dewan Sri Jugra Kuala Langat pada malam 20 mei yang lepas.
Mulut Jahat
Mulut Jahat. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap Ketua Penerangan yang bongkak, sombong dan tak ingat akhirat ini.
Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO oleh DS Najib dengan penuh bersemangat mengutuk hakim Abdul Aziz Abdul Rahim hanya kerana Yang Arif terbabit tidak memihak kepada kerajaan dalam keputusan yang lalu yang melibatkan pengisytiharahan tidak sah MB Perak Dr.Zambry Abdul Kadir di mahkamah tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.
Pandai sangat kah Ahmad Maslan dalam bidang undang-undang sehinggakan hakim yang Arif dikatakan putus wayar? Ahmad Maslan juga dengan bangga berkata beliau yang mempunyai ijazah sarjana muda Sains Politik Universiti Wellington dilantik sebagai ketua penerangan termuda dalam sejarah parti.
“I tanya Najib kenapa lantik I jadi ketua penerangan. Biasa ketua penerangan ni untuk orang yang dah nak out, tapi I baru nak in,”
Sungguh megah dan bongkak hamba Allah berusia 43 tahun ini. Kalau ini lah ketua penerangan yang UMNO miliki, jangan harap boleh menang pilihanraya akan datang?
Ahmad Maslan Kutuk Ahmad Sabu
“Saya katakan angka 121. 121 bermaksud, 1 orang melayu cari 2 orang melayu untuk sertai UMNO, dan 1 bukan melayu untuk sertai BN. Tapi tuan-tuan, angka 121 ini istimewa. Kerana angka 121 inilah bilik yang Ahmad Sabu kena tangkap basah! (sambil ketawa)”
Apa perlunya beliau mengaitkan misi ahli UMNO dengan Ahmad Sabu kena tangkap basah? Bukankah itu melambangkan ketidakmatangan beliau? Seharusnya kedatangan beliau menemui ahli UMNO adalah untuk memberi semangat, visi dan misi kepada akar umbi demi menguatkan lagi parti. Tetapi malang, Ahmad Maslan berkelakuan seperti kanak-kanak yang singkat otak dan terencat akal. Hentam orang sana sini, tanpa menunjukkan relevancy dalam kata-kata beliau.
Bodek Najib Rakyat Meluat
“DS Najib tak pernah kenal Altantuya. Pada malam Altantuya di bom, Datin Sri Rosmah Mansor sedang menghadiri jamuan berbuka puasa di bangunan Tabung Haji. Bila masa pula DS Rosmah terlibat?”
Saya ingin beritahu anak wak Maslan ni, bahawa janganlah terlalu kuat membodek. Malahan rakyat pun sudah jemu mendengar kisah Altantuya dikaitkan dengan Najib ini. Semua orang sudah tahu, apa perlunya beliau berulang-ulang kali sebut fasal perkara ini lagi? Bukankah banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam proses transformasi yang harus dilakukan oleh kita semua?
Jika tiada apa yang bernas untuk disemai ke akar umbi, lebih baik anak wak Maslan ini duduk diam-diam di rumah dan teruskan menambah ilmu di dada. Bukan pergi berkelakuan seperti orang kurang siuman hentam orang sana sini tanpa asas sebab musabab yang berkenaan dengan beliau dan keluarga beliau.
Malang parti UMNO memiliki seorang ketua penerangan seperti ini. Kepada DS Najib, saya berharap Dato Seri tidak mempunyai tabiat yang serupa dengan Tun Dr.Mahathir – tabiat salah melantik orang. Saya yakin, pada hemat saya dan rakyat sekalian yang lain, jawatan ketua penerangan UMNO ini lebih sesuai diberikan kepada Datuk Seri Dr.Rais Yatim, yang memiliki segala-galanya lebih daripada Ahmad Maslan?
Saya juga ingin bertanya kepada DS Najib, sistem KPI yang diperkenalkan kepada menteri-menteri kabinet, adakah ia juga wajar diaplikasikan kepada pemimpin tertinggi parti? Bukankah ia wajar, Datuk Seri? Kita tidak mahu pemimpin yang tidak siuman, kutuk mengutuk dan menghentam orang sesuka hati. Ini jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang diajukan oleh Datuk Seri.
Seorang hadirin semasa pulang berkata kepada saya “Apa dia cakap ni? Tak ada satu pun yang boleh di bawa balik.”

mencari buku about blogging.

kepada semua kwn2..aku tgh mencari buku psl blogging untuk menyiapkan research psl blogging dr perspective undang2. klu sape2 ade jumpe/mempunyai/tau kat mane aku ley dpt/beli buku yg related to cyberlaw, ethics of blogging in law..atau anything about blogging and law..pls reply to this post a.s.a.p.

really need those book..the blogger's future depends on it..
tq.